Ujian Saringan
Baca Sebelum Jawab:
Ujian ini ialah saringan penggunaan dadah – Drug Abuse Screening Test (DAST-10). Soalan-soalan berikut berkaitan dengan kemungkinan penglibatan anda dengan dadah, tidak termasuk minuman beralkohol, sepanjang 12 bulan yang lalu. “Penyalahgunaan dadah” merujuk kepada: (1) penggunaan ubat preskripsi atau ubat tanpa preskripsi melebihi arahan yang ditetapkan, dan (2) sebarang penggunaan dadah untuk tujuan bukan perubatan. Jenis-jenis dadah yang dimaksudkan termasuk ganja (marijuana, hashish), bahan pelarut (contohnya thinner cat), ubat penenang (contohnya Valium), barbiturat, kokain, perangsang (contohnya syabu/speed), halusinogen (contohnya LSD), atau narkotik (contohnya heroin).
Ingat bahawa soalan-soalan ini tidak merangkumi minuman beralkohol. Sila jawab setiap soalan. Jika anda menghadapi kesukaran memahami sesuatu pernyataan, pilih jawapan yang paling hampir dengan keadaan anda.