Siapa Kami

Di COMRED, kami ada untuk anda. Kami ialah program yang dipimpin oleh komuniti, diwujudkan untuk menyokong individu di Malaysia yang terlibat dalam chemsex. Kami faham tak banyak tempat yang boleh anda tuju untuk mendapatkan bantuan, sokongan, atau sekadar seseorang yang benar-benar faham — jadi kami di sini untuk mengubah perkara itu.

Comred Team Photo

Misi Kami

Untuk mewujudkan ruang yang selamat dan mesra, di mana anda boleh mendapatkan sokongan dan penjagaan yang anda perlukan. Kami adalah pasukan yang benar-benar memahami apa itu chemsex. Ada antara kami yang mempunyai pengalaman hidup sendiri, dan semua ahli pasukan dilatih untuk memberikan sokongan yang tepat.

Matlamat Kami

  • Kongsi Ilmu Yang Memperkasa
    Memastikan semua orang mempunyai akses kepada maklumat yang jelas, bebas stigma tentang chemsex, penggunaan bahan, pengurangan risiko, dan kesihatan seksual.

  • Ada Untuk Anda Bila Anda Perlukan Sokongan
    Menyediakan akses yang mudah dan mesra kepada perkhidmatan — daripada sokongan kesihatan mental hingga ujian dan rawatan HIV/STI — tanpa penghakiman.

  • Bina Komuniti Yang Lebih Kuat Bersama
    Mewujudkan ruang yang selamat dan inklusif untuk orang ramai berhubung, berkongsi pengalaman, dan saling menyokong.

  • Bantu Anda Buat Pilihan Yang Sesuai Untuk Diri Anda
    Memberi anda alat, panduan, dan keyakinan untuk membuat keputusan yang lebih selamat dan sihat — mengikut cara dan tempo anda sendiri.

  • Bekerjasama Dengan Pelbagai Pihak
    Bekerjasama dengan pakar, organisasi, dan kumpulan komuniti untuk memastikan program kami berkesan, inklusif, dan berasaskan keperluan.

Our Team

  • A portrait of Justin Tien

    Justin Tien

    Project Manager

  • Portrait of Shahril

    Shahril

    Team Leader

  • Portrait of Tong Ming Yun

    Tong Ming Yun

    Peer Facilitator

  • Portrait of Wan

    Wan

    Peer Facilitator

  • Portrait of Kishen

    Kishen Kunalan

    Peer Facilitator

  • Portrait of Zahiran

    Zahiran

    Peer Facilitator

  • Portrait of Nasyirudin

    Nasyirudin

    Peer Facilitator

  • Portrait of Chew Han Hoong

    Chew Han Hoong

    Peer Facilitator

  • Portrait of Saiful

    Saiful

    Peer Facilitator

  • Ashwin Thind

    Academy Advisor

  • Dr. Sazali bin Basri

    Academy Advisor

  • Raymond Tai

    Acting COO

Sokong Pergerakan Ini

Sokongan anda mampu menjadikan komuniti kita menjadi lebih selamat, kuat, dan erat.
Sama ada melalui masa, kemahiran, mahupun sumbangan kecil, anda boleh membantu kami meneruskan perkhidmatan serta ruang sokongan tanpa penghakiman bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Bagaimana Kami Berbeza

Kami diilhamkan oleh program pengurangan kemudaratan di peringkat global, tetapi setiap usaha kami disesuaikan dengan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Kami bukan sekadar pasukan profesional — kami ialah komuniti yang prihatin, bekerjasama untuk membina masa depan yang lebih baik.

Bengkel & Acara

Jangan lepaskan acara kami yang seterusnya— sertai kami!

Sumber Chemsex

Baca dengan lebih lanjut – Ketahui Cara Menjaga Keselamatan Diri