Cara Kami Boleh Bantu Anda

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk menyokong perjalanan anda:

  • Sokongan Kesihatan Mental

    Perlukan seseorang untuk berbual? Kami ada untuk anda.

  • Kumpulan Sokongan

    Jumpa orang lain yang benar-benar faham apa yang anda lalui.

  • Rujukan Profesional
    Kami boleh hubungkan anda dengan doktor, ahli psikologi, dan perkhidmatan lain yang mesra.

  • Alat & Pendidikan Pengurangan Risiko
    Belajar cara untuk kekal lebih selamat..

  • Sokongan Rawatan & Pencegahan HIV/STI

    Dapatkan bantuan untuk ujian, PrEP, PEP, atau rawatan HIV/STI.

Perlukan Seseorang Untuk Mendengar?

Pasukan kami ada untuk anda — terdiri daripada individu yang benar-benar faham melalui pengalaman sendiri. Sama ada tentang chemsex, kesihatan mental, hubungan, atau sekadar kehidupan, kami menyediakan ruang yang selamat tanpa penghakiman untuk anda berkongsi dan didengari. Anda tidak keseorangan — kami sentiasa sedia mendengar bila-bila anda perlukan.

Saringan Risiko Penggunaan Bahan

Ambil masa sekejap untuk semak secara peribadi bagaimana penggunaan bahan mungkin memberi kesan kepada anda. Tiada penghakiman — hanya cara mudah untuk refleksi diri dan, jika anda mahu, sambung kepada sokongan yang sesuai untuk anda.

Saringan HIV atau STI

Ketahui status anda dengan ujian yang cepat dan sulit dalam ruang yang selamat tanpa penghakiman. Sama ada kali pertama atau pemeriksaan berkala, kami di sini untuk menjadikannya mudah dan menyokong.

Bagaimana Kami Berbeza

Kami diilhamkan oleh program pengurangan kemudaratan di peringkat global, tetapi setiap usaha kami disesuaikan dengan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Kami bukan sekadar pasukan profesional — kami ialah komuniti yang prihatin, bekerjasama untuk membina masa depan yang lebih baik.

Bengkel & Acara

Jangan lepaskan acara kami yang seterusnya— sertai kami!

Sumber Chemsex

Baca dengan lebih lanjut – Ketahui Cara Menjaga Keselamatan Diri

Sokong Pergerakan Ini

Sokongan anda mampu menjadikan komuniti kita menjadi lebih selamat, kuat, dan erat.
Sama ada melalui masa, kemahiran, mahupun sumbangan kecil, anda boleh membantu kami meneruskan perkhidmatan serta ruang sokongan tanpa penghakiman bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Hulurkan Tangan!

Setiap tangan bermakna
Setiap kisah penting

Kisah-nyata

Orang sebenar. Perjalanan sebenar.

Komuniti kita dibina daripada kisah-kisah tentang kekuatan, ketabahan, rasa ingin tahu, dan proses penyembuhan. Baca bagaimana orang lain menghadapi chemsex, mendapatkan sokongan, atau menemui cara baru untuk menjaga diri mereka

Sign Up for Our Newsletter

From Harm Reduction to Healing – Expert Advice and Community for Every Step.
Stay Connected with us!